Featured By: Arfah October 26, 2021 @ 1:00pm

Manusia Terkaya Dunia, Jeff Bezos Mahu Bina ‘Business Park’ Di Angkasa

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas Amazon, Jeff Bezos yang juga mempunyai syarikat aero angkasanya tersendiri, Blue Origin.

Blue Origin yang juga merupakan syarikat pelancongan angkasa baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat ini bercadang untuk membina satu ruang komersial di angkasa dipanggil ‘Orbital Reef’.

‘Orbital Reef’ menyediakan pelbagai peluang kepada pelanggan untuk merasai pengalaman melakukan urusan perindustrian serta bercuti di angkasa.

Pelanggan juga boleh melakukan penyelidikan, perindustrian komersial dan antarabangsa serta meneroka pelbagai ciptaan baru berkaitan angkasa di sini.

“Orbital Reef meluaskan akses, mengurangkan kos dan menyediakan segala yang diperlukan untuk membantu anda mengendalikan perniagaan anda di angkasa” kata Blue Origin di kenyataan akhbarnya pada Isnin.

Destinasi pelancongan eksotik ini turut menawarkan kemudahan logistik ke angkasa dan perkhidmatan penginapan serta layanan seperti pusat pelancongan di bumi.

Namun, apa yang berbeza adalah, segala kemudahan yang disediakan berbentuk futuristik yang sangat praktikal malah, terdapat juga peralatan robotik untuk digunakan bagi penciptaan.

Orbital Reef mempunyai saiz yang hampir sama besar dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan mampu menampung 10 orang pengunjung dalam satu masa.

Difahamkan, banyak pelabur dari syarikat-syarikat besar membantu untuk menjayakan ‘Orbital Reef’ antaranya, Sierra Space yang juga merupakan rakan kongsi bagi projek tersebut.

Selain itu, Redwire Space, Genesis Engineering Solutions, Arizona State University dan juga syarikat pembuat kapal terbang terkenal, Boeing.

Untuk info, Orbital Reef sebelum ini telah melancarkan satu penerbangan angkasa lepas yang membawa penumpang biasa sebagai pelancong bernama New Shepard.

Orbital Reef dijangka akan beroperasi di penghujung dekad ini.

Sumber: Blue Origin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 13 Sep 2018

#daiTV3 : Da’i Amirul Terlepas Peluang, Da’i Raishah Tersingkir!

Saksikan separuh akhir #daiTV3 Pendakwah Nusantara hanya di TV3

Selebriti Sun, 16 Jul 2023
Trending Mon, 22 Mar 2021

Kebenaran Rentas Negeri Perlu Ditangguhkan Sehingga… – Pakar

Harapnya takdelah seminggu selepas raya ye…

Trending Wed, 9 Oct 2019
Featured Tue, 30 May 2023