Categories: HiburanSelebriti

Izzue Islam Belajar Cipta Bahagia Bersama Keluarga & Isteri – “Setiap Detik Harus Dinikmati”

Pelakon Izzue Islam tampil membuat ucapan manis buat isterinya, Awin Nurin sekali gus meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Izzue menerusi sebuah hantaran video di Instagram, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Izzue telah memuat naik video ketika Awin memotong rambutnya dan sempat berkongsi bibit awal perkenalan mereka di ruangan kapsyen.

“Wife aku, dia rindu nak potong rambut orang sebab dulukan dia ada saloon sendiri. Kat saloon dia jugalah kita orang memula kenal, 14 tahun dulu, betul-betul sebelah kedai makan tempat aku kerja bancuh air.

“Sekarang dia rindu, so aku hulurkan kepala aku untuk dia lepaskan kerinduan itu. #biniabanggangsterdik,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Izzue juga menyatakan dirinya sering belajar untuk menikmati setiap detik dalam hidupnya demi mencipta kebahagiaan bersama insan tersayang.

“Sejak akhir-akhir ini aku belajar sesuatu. Belajar menikmati setiap detik dalam hidup. Berbahagialah sekarang, jangan tunggu bahagia itu datang untuk kamu kecapinya.

“Kamu, kamu yang harus cipta bahagia itu. Fikirkan betapa berharganya waktu yang kamu harus habiskan, baik bersama keluarga atau pasangan hidup. Setiap detik harus dinikmati, dinikmati dan dinikmati,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan perkongsian tersebut dan mendoakan kebahagiaan Izzue bersama isteri dan keluarganya.

Terdahulu, Izzue dan Awin telah mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.

Fatin Nurain