‘Jangan Bandingkan Kami’- Amyra Rosli Ulas Kemenangan Janna Nick Di DFKL 2019

‘ Jangan bandingkan kami,’ demikian komen pelakon Amyra Rosli mengenai kemenangan Janna Nick dalam kategori Aktres Pilihan di Drama Festival Kuala Lumpur 2019, Ahad lalu.

Pelakon drama Nur 2 ketika ditemui di majlis pembukaan pusat beli belah Sogo I-City Shah Alam memberitahu dia tidak ralat mahupun kecewa dengan kekalahannya tempoh hari.

“ Menang atau tidak itu soal nombor dua. Sebagai rakan seindustri, apa yang saya boleh katakan, Janna layak membawa menang kategori itu.

“ Lainlah kalau yang menang, nama pelakon yang tiada dalam  senarai pencalonan. Itu baru boleh jadikan isu. Janna layak dan saya sebagai rakan seperjuangan gembira dengan kemenangannya,” katanya kepada XTRA.

Akui Amyra, Janna memiliki kelompok peminat yang ramai menyokongnya di belakang.

“ Sebelum nama pemenang diumumkan, kami di meja dah ucapkan tahniah antara satu sama lain. Sama ada Janna, saya atau pelakon lain yang tercalon, semua calon hebat-hebat belaka,” akhirinya.

Ahad lalu, pelakon Leftenan Zana membuat kejutan apabila membawa pulang gelaran Aktres Pilihan di DFKL 2019 manakala Syafiq Kyle memenangi Aktor Pilihan.

Oleh: SGMS Fas

SGMS Faida