“Jangan Bangga Ada Pakwe Bukan Islam” – PU Syed Tegur Yazmin Aziz

Penyanyi baru, Yazmin Aziz sering terpalit dengan kontroversi dan baru-baru ini menjadi bualan netizen apabila menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak import negeri Kelantan, Nixon Guylherme Brizolara.

Pendakwah bebas, PU Syed bertindak menegur Yazmin Aziz yang dikatakan bangga bercerita tentang teman lelaki yang bukan beragama Islam.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, PU Syed menyertakan sekali ayat di dalam Al-Quran tentang larangan menyatukan hubungan lelaki dan wanita dari berlainan agama.

Teguran terbuka itu dibuat kerana dikatakan perbuatan Yazmin berpelukan dengan teman lelakinya seperti pasangan suami isteri itu dianggap sudah melampaui batas.

“Menunjuk seperti seorang suami isteri, berpelukan dan sebagainya. Ini perbuatan yang tidak patut dipertonjolkan dalam masyarakat lebih-lebih lagi kita sekarang dalam zaman yang penuh dengan fitnah.

“Kalau kamu nak bercinta dengan pasangan beragama Katolik, pastikan percintaan kamu itu berlandaskan apa yang syariat benarkan dimana yang paling utama dia adalah seorang Muslim,” katanya.

Di akhir video, dia menasihati agar selebriti itu segera bertaubat dan mengajak kekasih memeluk Islam sebelum mendirikan rumah tangga.

Maya Basir