“Jangan Berlagak Tuhan! Tak Payah Buat Palatao” – Uyaina Arshad Bengang, Minta Golongan Antivaksin Unfollow

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad sebelum ini pernah memaklumkan keadaan dirinya dan suami, Raja Shahiran selepas beberapa hari disahkan dijangkiti Covid-19.

Malah, perkongsian beliau itu sekaligus membuka mata ramai pihak terhadap kesan dan akibat dijangkiti wabak berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Badan Rasa Kena Pukul, Nak Jalan Pergi Toilet Pun Merangkak…” – Uyaina Arshad & Suami Positif COVID-19

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir warganet yang memandang negatif terhadap perkongsian yang dibuat pengacara Wanita Hari Ini itu sehingga sanggup menghantar beberapa komen kasar yang bersifat hentaman.

Marah dengan tindakan warganet berkenaan, Uyaina dilihat memuat naik hantaran di laman Instagram Story miliknya meminta agar golongan anti vaksin ini tidak mengikutinya di laman sosial berikut.

Bukan itu sahaja, Uyaina sempat berkongsi beberapa tangkapan skrin mengenai komen yang ditinggalkan terhadapnya.

Menurutnya, kesedaran mengambil vaksin ini adalah hak masing-masing bagaimanapun, warganet tidak perlu berlagak seperti Tuhan hanya kerana pernah membuat ‘research online’ dan sebagainya.

Salma Syahbuddin