Jangan Buat Andaian Sendiri, Beri Kakak Ruang…

Kemelut rumah tangga penyanyi popular Ziana Zain dan suami, Armin Zaharin Ahmad masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Pasangan yang sudah 20 tahun mendirikan rumah tangga itu juga dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung, malah Ziana dilaporkan sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam, awal April lalu.

Dalam hal ini, adik kepada penyanyi terkenal itu turut terkesan namun enggan campur tangan bagi mengelak sebarang salah faham.

“ Sebagai anggota keluarga, saya beri sokongan penuh dalam apa saja keputusan kakak saya. Keluarga tahu apa yang sebenarnya terjadi,” kata penyanyi berusia 47 tahun itu.

Anuar Zain yang ketika ditemui di selepas selesai konsert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Concert di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam tadi memberitahu dia tetap akan menghormati Armin sebagai abang ipar walau apa sekalipun terjadi pada masa akan datang!

“ Netizen tidak perlu membuat sebarang andaian dan mengeluarkan komen negatif dalam hal ini.

“ Beri kakak saya ruang untuk menyelesaikan isu rumah tangganya sendiri,” katanya menasihatkan orang diluar sana agar berhati-hati mengeluarkan komen kerana takut nanti terkena batang hidung sendiri.

Apapun, Anuar meminta semua mendoakan kesudahan terbaik untuk kakaknya itu. Insha Allah!

SGMS Faida