“Jangan Kata Handsome Tau, Kata Cantik!”- Aksi Gelek Cik B Dengan Rambut Pendek Raih Perhatian

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV), Cik B atau nama sebenarnya  Nur Edlynn Zamillen Muhammad Amin menjadi tumpuan netizen di media sosial.

Baru-baru ini, Cik B telah menjadi bualan hangat warganet apabila memutuskan untuk memotong rambut persis lelaki.

Terbaharu, tular satu video Cik B yang sedang bergelek di hadapan DSV, namun aksi dan gaya kekoknya mengundang tawa netizen.

 

Menerusi video berdurasi 28 saat yang dikongsikan sendiri di akaun TikTok milik DSV, usahawan itu mempertahankan anak perempuannya dan tidak membenarkan sesiapapun menyamakan penampilan Cik B dengan seorang lelaki.

“Jenuh cari mana satu Cik B?” Tulis salah seorang warganet yang keliru dengan penampilan Cik B yang sedang bergelek itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat Cik B bergelek dengan berambut pendek seperti seorang lelaki.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang memuji sifat keibuan DSV yang menuruti segala kemahuan anaknya demi melihat Cik B tersenyum bahagia.Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV), Cik B atau nama sebenarnya  Nur Edlynn Zamillen Muhammad Amin menjadi tumpuan netizen di media sosial.

Baru-baru ini, Cik B telah menjadi bualan hangat warganet apabila memutuskan untuk memotong rambut persis lelaki.

Terbaharu, tular satu video Cik B yang sedang bergelek di hadapan DSV, namun aksi dan gaya kekoknya mengundang tawa netizen.

 

Menerusi video berdurasi 28 saat yang dikongsikan sendiri di akaun TikTok milik DSV, usahawan itu mempertahankan anak perempuannya dan tidak membenarkan sesiapapun menyamakan penampilan Cik B dengan seorang lelaki.

“Jenuh cari mana satu Cik B?” Tulis salah seorang warganet yang keliru dengan penampilan Cik B yang sedang bergelek itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat Cik B bergelek dengan berambut pendek seperti seorang lelaki.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang memuji sifat keibuan DSV yang menuruti segala kemahuan anaknya demi melihat Cik B tersenyum bahagia.

Halimey Zamal