“Jangan Menyesal & Muhasabah Diri” – Berdepan Ujian Sebelum Dapat Yang Terbaik, Mawar Karim Kongsi Tips ‘Move On’

Baru-baru ini, usahawan jelita, Mawar Karim berkongsi tips kepada orang ramai mengenai cara untuk ‘move on’.

Menerusi sebuah video temu bual Hijabista, Mawar menyatakan bahawa dia tidak memiliki pengalaman yang banyak namun hanya berkongsi pendapat peribadi.

Susulan itu, Mawar menyatakan perkara penting yang boleh dilakukan untuk ‘move on’ daripada seseorang.

Oleh itu, Mawar berpendapat bahawa penting untuk ada rasa syukur, menghargai, muhasabah diri, jangan menyesal dan tidak ulangi kesilapan sama.

Kata Mawar, setiap insan akan diberi ujian sebelum dapat sesuatu yang terbaik.

“InsyaAllah, Tuhan pun Maha Adil kan, sebelum kita nak dapat sesuatu yang terbaik kita pasti akan ada ujian,” ujarnya.

Sekadar info, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama Fizo Omar pada November 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maryam, 5 tahun.

Namun begitu, perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila mengesahkan telah bercerai pada Julai 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

Artikel Berkaitan: Individu Tuduh Kelihatan Tak Bahagia, Mawar Karim Pula Dedah Dulu Duit Banyak Lesap? – “Alhamdulillah Sekarang Bahagia, Dulu Faham Sendirilah”

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dituduh Tak Bahagia, Fizo Omar Sindir Mawar Karim? – “Difitnah Pun Adalah Satu Rezeki”

Artikel Berkaitan: Mawar Karim Jelaskan Masih Single & Sedang Kenal Seseorang, Pelik Fizo Omar Terasa Komen Balas Di IG

Sumber: Hijabista

Atiqah Johari