Featured By: Atiqah Johari February 21, 2023 @ 7:32pm

“Jangan Menyesal & Muhasabah Diri” – Berdepan Ujian Sebelum Dapat Yang Terbaik, Mawar Karim Kongsi Tips ‘Move On’

Baru-baru ini, usahawan jelita, Mawar Karim berkongsi tips kepada orang ramai mengenai cara untuk ‘move on’.

Menerusi sebuah video temu bual Hijabista, Mawar menyatakan bahawa dia tidak memiliki pengalaman yang banyak namun hanya berkongsi pendapat peribadi.

Susulan itu, Mawar menyatakan perkara penting yang boleh dilakukan untuk ‘move on’ daripada seseorang.

Oleh itu, Mawar berpendapat bahawa penting untuk ada rasa syukur, menghargai, muhasabah diri, jangan menyesal dan tidak ulangi kesilapan sama.

Kata Mawar, setiap insan akan diberi ujian sebelum dapat sesuatu yang terbaik.

“InsyaAllah, Tuhan pun Maha Adil kan, sebelum kita nak dapat sesuatu yang terbaik kita pasti akan ada ujian,” ujarnya.

Sekadar info, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama Fizo Omar pada November 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maryam, 5 tahun.

Namun begitu, perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila mengesahkan telah bercerai pada Julai 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

Artikel Berkaitan: Individu Tuduh Kelihatan Tak Bahagia, Mawar Karim Pula Dedah Dulu Duit Banyak Lesap? – “Alhamdulillah Sekarang Bahagia, Dulu Faham Sendirilah”

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dituduh Tak Bahagia, Fizo Omar Sindir Mawar Karim? – “Difitnah Pun Adalah Satu Rezeki”

Artikel Berkaitan: Mawar Karim Jelaskan Masih Single & Sedang Kenal Seseorang, Pelik Fizo Omar Terasa Komen Balas Di IG

Sumber: Hijabista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 19 Jun 2020
Trending Sun, 14 Nov 2021

Buat Kejutan Umum Nikah Jumaat Depan, Gadis 19 Tahun Pilihan Haqiem Rusli

Penyanyi Haqiem Rusli membuat kejutan di pentas Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) dengan mengumumkan tarikh dia menamatkan zaman bujang ketika berucap selepas kemenangannya menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular. Memilih gadis berusia 19 tahun,

Trending Sat, 26 Jun 2021

Bunga Kembali Dengan Mereng

Penyanyi rap Bunga kini mengorak langkah dengan melancarkan solo terbarunya yang berjudul Mereng. Mereng merupakan hasil karya dari Bunga sendiri bersama John Jeevasingham, Karim Karam, Romal Melvyn dan Ezra Kong. Lagu yang membawa genre Hip

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Sat, 9 Nov 2019
Events Thu, 24 May 2018

Ini Baru Betul-Betul ‘From Rural To Global’, Mak Cun’s Adventure Perkenal Permainan Digital!

Daripada latar kampung yang membangkitkan ‘mood’ drama Mak Cun itu sendiri sehinggalah kepada menu kegemaran rakyat. Pendek kata, permainan mudah alih ini mengangkat budaya Malaysia ke peringkat global bersesuaian dengan tagline drama Mak Cun, “ From Rural To Global”.

Contest Wed, 15 Jan 2020

#XtraGiveaway: WIN 40 Free Tickets To Watch This Special Show Performances At Sunway Lagoon

Enter now and celebrate your CNY with the most amazing performances at Sunway Lagoon!

Trending Tue, 1 Jun 2021

| Live TV