Trending By: Salma Syahbuddin July 22, 2021 @ 2:49pm

Ebit Lew Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Fitnah Melampau Caprice & Nadir Al Nuri

Selepas sedih dengan fitnah melampau yang dilemparkan, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar kepada tercetusnya kontroversi yang melanda diri beliau dan keluarga.

Menurut UEL menerusi LIVE di laman sosial miliknya, beliau ke Gaza bertujuan untuk membantu dengan niat kerana Allah SWT, namun tidak mahu ‘terkenal’ dengan perkara-perkara viral yang ‘buruk’ sehinggalah terjadinya kata-kata sinis yang dilemparkan kepadanya termasuklah turut dipanggil Dajjal oleh sesetengah pihak.

UEL turut menjelaskan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nadir Al Nuri bahawa, beliau pergi ke Gaza dengan duit sendiri dan tidak melibatkan mana-mana tabung sepertimana yang diutarakan Nadir.

” Saya pakai duit saya sendiri ke Gaza. Termasuklah penginapan dan sebagainya. Untuk kos penerbangan, Turkish Airline yang menaja penerbangan kami. Alhamdulillah.” 

“Sepatutnya soalan berkaitan duit RM20 juta itu ditanyakan sendiri oleh saudara Nadir Al Nuri kerana keseluruhan duit yang digunakan oleh saya dan pasukan ke Gaza memang menggunakan duit saya sendiri”

“Isu ‘hilang’ selama sebulan, buat rakyat Malaysia risau”

Isu melibatkan tidak memberi apa-apa ‘update’ selama sebulan kepada rakyat Malaysia sehingga membuatkan ramai yang risau, UEL menjawab bahawa ketika sampai di Gaza, banyak perkara yang perlu dilakukan. Dan, pasukannya juga terpaksa memberikan nama kepada pihak berwajib sehinggalah urusan lain diberikan kebenaran.

Justeru itu, beliau tidak berkesempatan untuk memuat naik atau memaklumkan rakyat Malaysia mengenai keadaan sebenar beliau di sana.

Manakala, isu membeli barangan di Cairo pula, UEL mendakwa isu ini sepatutnya tidak perlu dibangkitkan. Kerana, di Gaza dan Cairo UEL turut membeli barangan untuk diberikan kepada penduduk Gaza.

“Isu biadap terhadap wakil  Malaysia…”

UEL juga menjawab, perasaan menghadap perjalanan selama 21 jam memang sangat memenatkan. Namun, UEL langsung tidak menolak atau tidak bersalaman dengan sesiapa seperti mana yang didakwa Nadir.

“Perjalanan mengambil masa selama 21 jam, 21 check point dan diiringi dengan 12 kereta kebal. Saya sampai sahaja, saya memang tidak solat maghrib masa tu pula, saya diminta untuk duduk dan berucap sebaik sahaja selesai, saya terus bergegas solat. Saya minta maaf kepada Nadir mana-mana yang terkurang”

ARTIKEL BERKAITAN : “Tak Emosi Macam Caprice..”- Dakwa Dedah Cerita Sebenar, Cara Nadir Al Nuri Tegur Ustaz Ebit Lew Dipuji Netizen

ARTIKEL BERKAITAN : “Isteri Dan Anak Saya Menangis..” – Bakal Buat Live, Ebit Lew Akan Jelas Segala Tuduhan Yang Dilontarkan

ARTIKEL BERKAITAN : “Hal Seperti Ini Seeloknya…” – Menteri Agama Buka Mulut Isu Caprice vs Ebit Lew

“Mengenai syarikat Hala, itu fitnah terbesar kepada saya…”

Memang untuk memasuki Gaza, perlu melalui syarikat Mile of Smile. Malah, NGO lain pun terpaksa melalui syarikat ini.

Bagaimanapun, semasa perjalanan pasukan kami dalam misi kemanusiaan ini, segalanya dipermudahkan dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Gaza.

“Sebelum saya datang, saya dan pasukan memang dah call Mile of Smile. Dan ketika di sana saya diminta untuk membayar satu kepala RM50,000. Dan nak masuk ke Gaza, ada dua kelulusan penting. Satu kelulusan dari kerajaan negeri Mesir dan kedua, kelulusan tentera.”

“Namun, dengan jalan yang ditakdirkan Allah SWT, semuanya dipermudahkan dengan pasukan saya diperkenalkan dengan syarikat Lucky ini kerana daripada membayar RM50,000, kami diberikan tawaran oleh syarikat ini dengan hanya membayar RM10,000 untuk satu orang. Jadi banyaklah diskaun  yang kami diberikan”

“Walaupun jumlahnya besar namun, bagi saya tidak mengapalah kerana kami dalam perjalanan menuju ke tempat yang penuh barakah. Dan segalanya, adalah kerana Allah SWT”

“Kenapa block Caprice?”

Isu Caprice ini adalah antara yang paling banyak ditanyakan oleh beberapa pihak namun, UEL menjelaskan bahawa keadaan ayah beliau amat tenat, dan beliau berusaha untuk segera balik ke Malaysia tanpa mahu memikirkan perkara ‘kecil’ lain termasuklah isu Caprice.

Namun, dengan pelbagai provokasi yang dilemparkan keatas nya termasuklah whatsapp yang diberikan, UEL mengambil keputusan untuk ‘block’ penyanyi rap tersebut.

“Sesiapa yang kenal saya, memang tahu hidup saya memang untuk ayah dan emak saya. Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk  mereka. Dada saya berdegup laju memikirkan ayah dan emak saya”

“Dengan banyak benda-benda negatif ditambah keadaan ayah saya, Caprice mesej saya panjang mengenai apa yang dipostkan nya. Saya sedih, saya baling telefon saya. Sebab keadaan saya tidak baik kerana terlalu rindukan mak  dan ayah”

ARTIKEL BERKAITAN : “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal Kenapa Nampak Macam Photoshoot?” – Caprice Dedah Kena Block Dengan Ebit Lew Di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN : “Ada Beberapa Individu Hanya Fikir Kepentingan Peribadi… Jaguh Handal Dalam Social Media”- TMJ

ARTIKEL BERKAITAN : “You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

LIVE yang diakhiri bacaan doa oleh UEL ini diharap dapat menjawab segala persoalan dan kontroversi yang melanda.

Untuk rekod, pihak  UEL juga akan menghantar saman kepada mereka yang mencetuskan provokasi mengenai misi bantuan kemanusian ke Gaza.

Terdahulu, isu ini tercetus selepas penyanyi rap, Caprice memberitahu kepada umum bahawa beliau telah di block di laman sosial, Instagram UEL selepas memuat naik Story berupa dakwaan kepada UEL.

Namun, perkara ini tidak terhenti begitu sahaja apabila pendedahan saudara Nadi Al Nuri menerusi Telegram nya semalam mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila beliau mendedahkan’cerita sebenar’ sepanjang misi kemanusian UEL ke Gaza.

Kepada sesiapa yang terlepas untuk mendengar penjelasan UEL dengan  lebih lanjut, korang boleh lah tengok LIVE di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Sat, 24 Dec 2022

Selepas Tertusuk Kaca, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Tajul

Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca. @icaaeddie2Terima kasih semua yg mendoakan 🫶 alhamdulillah suami dah makin stabil, […]

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Trending Tue, 31 Dec 2019
Featured Thu, 9 Dec 2021
Hiburan Wed, 9 Aug 2023