Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 7, 2023 @ 6:00pm

“Walaupun Kau Berlakon Macam Makan B*bi…Kena Ingat Kita Boleh Pengaruh Berjuta Manusia” – Aidid Marcello

Pengacara Aidid Marcello meluahkan rasa bengang apabila menyifatkan filem sensasi Mentega Terbang tidak menjaga sensitiviti orang Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Filem Mentega Terbang: JAKIM Dapati Terdapat Tentangan Yang Jelas Dengan Akidah & Cara Hidup Islam, Pihak Terlibat Bakal Dipanggil

Menerusi hantaran di Instagram (IG), bekas Penerbit Eksekutif TV3 itu menegaskan filem tersebut mencemarkan kesucian Islam sekali gus dapat mempengaruhi masyarakat.

“Kalau filem macam ini boleh keluar panggung, maka hebatlah Malaysia sekarang. Langsung tak jaga sensitiviti dan mahkota agama Islam.

“Walaupun kau belakon macam makan babi. Walaupun kau belakon macam minum holy water. Walaupun kau belakon acah-acah nak ‘convert’.

“Tapi kena ingat, kita yang jadi muka depan lakon layar ni boleh pengaruh berjuta manusia lain untuk mengikut,” luahnya.

Dalam pada itu, Aidid berharap pihak terbabit tidak terlepas daripada sebarang tindakan.

“Boleh selidik cepat-cepat siapa director, scriptwriter filem ini, tapi jangan lupa, kena selidik juga siapa funder dan yang lepaskan filem macam ini di negara Kita.

“Harap-harap tak terlepaslah, sebab kalau terlepas maka bersepahlah lagi golongan ‘liberal’ yang akan berfikir cara beragama mengikut kewarasan otak sendiri,” harapnya.

Tambah Aidid, dia menyeru semua ibu bapa untuk berdoa agar anak-anak dihindari daripada perkara terlarang malah mendoakan pelakon filem Mentega Terbang yang beragama Islam diampun dosa.

“Sudah-sudahlah sekarang bernanah mata aku tiap kali pergi pusat beli belah dengan pasangan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) yang membogelkan maruah, jalan tanpa segan silu pegang tangan sesama jantina, itu yang nampak di depan Mata.

“Kepada mak dan ayah yang baca mesej ini, sama-samalah kita doa semoga anak-anak kita dijauhkan dan dibendung daripada godaan syaitan dan fitnah akhir zaman ni, dan kita doakan juga pelakon-pelakon Islam yang terlibat dalam filem ni diampun kan dosa mereka,” tutupnya.

Terbaharu, memetik laporan media, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, platform penstriman Viu telah menghentikan tayangan filem kontroversi, Mentega Terbang pada 27 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tayangan Filem Sensasi Mentega Terbang Akhirnya Dihentikan!

Terdahulu, tular di media sosial filem Mentega Terbang yang didakwa mempromosikan pluralisme kerana terdapat unsur-unsur bertentangan dengan agama Islam.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Dec 2021
LIFESTYLE Thu, 19 Sep 2019
Trending Hari Ini Thu, 6 Mar 2025

Enjoy Drama & Variety Show Dengan RM8 – Smart TV Menanti!

Bayangkan dapat layan drama best, variety show kelakar, dan filem tempatan tanpa gangguan, semua dengan harga serendah RM8! Tak payah pening kepala cari hiburan berkualiti, sebab Tonton dah ada semuanya untuk korang.

Featured Tue, 14 Apr 2026

Dalam Duka Kehilangan, Bapa Pelajar Maut Dirempuh Kereta Depan Surau Reda Ketentuan Takdir – “Saya Maafkan Guru Itu”

Bapa Nur Fatimatul Hawa menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Duduk Dengan 340,000 Ekor Lebah, Shuib Berjaya Sahut Cabaran ‘Bee Man’

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan kagum dengan keberanian suami kepada penyanyi Siti Sarah itu. 

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

BUKAN NAK SOROK – RAMONA ZAMZAM

Ramona turut memaklumkan bahawa dia sudah mendaftarkan nama puteri sulungnya itu tetapi masih belum bersedia untuk mengumumkan nama tersebut kepada public

Hiburan Thu, 11 May 2023

Slam Mengubat Rindu Peminat Dengan Konsert Nurkasih Ogos Ini

Wah memang tak sabarlah nak tunggu konsert ni

error: Content is protected !!