Featured By: Attiqah Mohd July 17, 2021 @ 11:59am

“You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

Semalam, artis Caprice telah tampil menceritakan kepada orang ramai mengenai isu sebenar yang berlaku antara dirinya dan Ustaz Ebit Lew di Gaza.

Baca artikel berkaitan: “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal Kenapa Nampak Macam Photoshoot?” – Caprice Dedah Kena Block Dengan Ebit Lew Di Instagram

Lebih mengejutkan ramai, Caprice dilihat menyalahkan pihak Ustaz Ebit Lew atas apa yang berlaku serta menuduh pihak Ustaz Ebit Lew tidak telus ketika menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Gaza.

Justeru, perkara tersebut menimbulkan pelbagai reaksi peminat di media sosial dan rata-ratanya tampil untuk mempertahankan Ustaz Ebit Lew.

Malah, isu tersebut turut mendapat perhatian rakan artis dan pelakon Sharnaaz Ahmad yang turut mengikuti sesi LIVE Instagram Caprice.

Menerusi laman Instagram, Sharnaaz menegur tindakan Caprice secara terbuka dan meluahkan rasa kesal atas apa yang berlaku.

“Saya kenal Caprice, memang ada benda yang Caprice cakap pakai otak tapi sekarang you buat orang hilang rasa hormat, jangan buat macam ni” tegurnya.

Sharnaaz turut menasihatkan agar Caprice berhenti daripada bersikap tidak matang dan kebudak-budakan yang akan hanya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.

Netizen di media sosial yang mengikuti sesi LIVE tersebut turut bersetuju dengan teguran Sharnaaz dan menyifatkan Caprice sebagai seorang artis yang hanya ingin mengejar populariti semata-mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 17 Aug 2022

Zul Ariffin Undur Diri Berlakon Drama

Alaaaaa… tak boleh dah lah tengok abe Zul kat tv nanti ☹☹☹

Hiburan Thu, 1 Feb 2024
Hiburan Fri, 20 Mar 2020

ICSYVM3: Yusry Tak Setuju Dengan Erra Fazira?

Fuhh macam best je minggu ni!

Trending Fri, 4 Dec 2020
Eat Travel Fri, 4 Jan 2019
Hiburan Mon, 14 Nov 2022
Trending Tue, 26 Nov 2019
Featured Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Selepas Bapa, Nenek Adira Pergi Menemui Illahi…Al-Fatihah

Semoga Adira terus kuat menghadapi dugaan ini, Amin YRA…