Hiburan By: Syafiqa Irdina March 30, 2020 @ 1:37pm

Wajib Tengok! Jom Tinjau Aktiviti Selebriti Dalam MPop! Live Dari Rumah

Ada yang dah bosan duduk di rumah ke?

Nampaknya sudah 2 minggu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP ini dilaksanakan. Apa kata korang isi masa terluang di rumah ini dengan melayan gelagat dan aktiviti yang dilakukan oleh selebriti tanah air secara langsung di rumah mereka!

Mpop! Live Dari Rumah merupakan sebuah program khas untuk para peminat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Bersiaran pada setiap 10 pagi di TV3 dan 8.40 malam di TV9, rancangan yang dihoskan oleh Hani Fadzil ini  bakal meninjau aktiviti artis tanah air kita serta persembahan menarik oleh mereka secara langsung dari rumah masing-masing.

Kalau selalunya korang dapat lihat nyanyian dan lakonan mereka di kaca televisyen, kali ini ada sedikit kelainan apabila para penonton dapat melihat sisi lain para artis kesayangan mereka ketika waktu genting ini di rumah mereka. Memang macam-macam gaya lah!

Antara barisan artis yang berjaya mengisi masa terluang mereka semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dalam program ini termasuklah Ernie Zakrie, Mark Adam, Aizat Amdan, Sissy Iman dan juga Faizal Tahir.

 

 

 

 

 

Bagi episod 6, kita ada Azlan The Type Writer yang menyanyikan lagu “Jangan Khianati Aku dan “Dari Sinar Mata”, apa pula lagu yang akan dipersembahkan oleh Aina Abdul pada episod 7 nanti? 

Jangan lupa saksikan jam 10 pagi di TV3 dan 8.40 malam di TV9. Buat korang yang terlepas menyaksikan semua episod MPop! Live Dari Rumah bermula episod satu hingga enam, korang juga boleh saksikan  Youtube TV3, laman Tonton dan Live TV Xtra okay?

Sebelum itu, jom layan episod 6 Azlan & The Type Writer bawah ini.

 

Sumber: Youtube TV3

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 Jul 2022
Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Dapat Sambutan Hangat…Alif Satar Tak Sabar Nak Turun Padang!

Saya boleh nampak keterujaan penonton yang menyanyikan kesemua lagu sepanjang persembahan!

Hiburan Sat, 27 Jul 2019
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Geram! Ini Luahan Serina Redzuawan Terhadap Bekas Suami

How about (Macam mana pula) Gavin yang dengan sendiri melanggar perintah mahkamah tidak berkelakuan dan hidup dengan cara bukan Islam.

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Featured Thu, 9 May 2024

Tampalan Kulit Bernilai RM30,000 Bantu Pulih Kesan Lecur Faisal Halim

Semoga dipermudahkan buat FH. Ramai yang mendoakan ya!

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Megat Mentor 7 Takut Dibandingkan Dengan Kaer

Buat pertama kali, single Tetap Kamu merupakan gandingan Megat dan Amylea Azizan. Pasti meletop!