Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 30, 2022 @ 4:47pm

“Saya Tak Suka Tengok Orang Bantai Ning Baizura, Dia Penyanyi Yang Bagus” – Hattan

Penyanyi otai, Datuk Hattan tidak suka melihat tindakan segelintir warganet mengecam penyanyi Ning Baizura menerusi penularan sebuah klip nyanyian lagu Awan Yang Terpilu baru-baru ini.

Diminta mengulas mengenai perkara terbabit, Hattan bersimpati dan tidak menyalahkan Ning malah penyanyi lagu Memburu Rindu itu mengakui Ning merupakan penyanyi yang bagus.

ARTIKEL BERKAITAN: “Awan Yang Terpeleot Ke Ni?” – Persembahan Nyanyian Viral Jadi Bahan Kutukan Netizen, Ini Respons Ning Baizura

“Saya simpati dengan dia. Siapa yang nak jadi macam tu? Tapi saya tak salahkan dia juga.

“Difahamkan, dia sudah menyanyi selama empat malam. Satu malam dia menyampaikan 20 lagu. Mungkin dia dah terlampau letih.

“Jadi, kita tak boleh jangka perkara terbabit akan terjadi. Saya tak suka lihat netizen nak menghakimi nyanyian dia.

“Saya tak suka tengok orang bantai dia, buli dia… Ingat dia nak buat nyanyi macam tu ke? Semestinya tak.

“Tapi cuma satu perkara, Ning kena pergi jumpa Siti Khairani (guru vokal Ning) balik, dapatkan semula kekuatan vokalnya. Ning adalah penyanyi yang baik,” kata Hattan.

Hattan ditemui pada majlis tayangan perdana filem Gadis Jolobu The Movie di GSC The Starling, Damansara pada Jumaat.

Hattan turut nengakui emosi juga mempengaruhi cara penyampaian seorang penyanyi dalam mempersembahkan lagu.

“Apa yang saya turut baca, lagu itu istimewa di hati Ning. Jadi, dia beremosi dan itu juga memainkan peranan. Jika kita sedih dan menangis sewaktu persembahan, pastinya lagu itu tak boleh disampaikan dengan baik.

“Saya sendiri pernah berdepan dengan situasi itu ketika melancarkan single 5 Oktober pada 2019. Ketika menyampaikan lagu terbabit, saya gagal menyanyikan ia sampai habis kerana sedih.

“Lagu itu liriknya ditulis oleh Bob Lokman. Bob menceritakan rasa sedih terhadap kehilangan anak sulungnya, Muhammad Adam, yang meninggal dunia pada 2018.

“Saya sendiri ada di sana ketika itu dan membantu menguruskan jenazah Adam. Ketika saya menyanyi, saya teringat momen saya mengangkat jenazah, secara automatik saya beremosi dan tak boleh menghabiskan nyanyian,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Apr 2021

Individu Cuba Rentas Negeri Sempena Ramadan Bakal Berdepan Tindakan Saman

Tiada lagi tolak ansur bagi mereka yang gagal tunjukkan bukti rentas negeri

Featured Fri, 20 Jan 2023
Trending Tue, 24 Dec 2019

62 Plaza Tol Mula Guna RFID Bermula 1 Januari 2020

Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan dalam satu kenyataan media mengenai Radio Frequency Indentification (RFID) bakal dilaksanakan pada 1 Januari 2020. Menurut kenyataan rasmi yang dimuat di media sosial tersebut, RFID terbuka untuk kenderaan kelas 1 […]

Featured Wed, 20 Aug 2025

Doa Anak Sulung Termakbul, Nina Ismail Bakal Timang ‘Baby Boy’

Jeanelle Nika Mandagie adalah  individu yang paling teruja mengenai pengumuman tersebut.

Featured Wed, 20 Apr 2022
Trending Thu, 13 Sep 2018

近视者眼中世界很美!看什么都朦胧

Philip Barlow就擅长绘出近视者眼中的朦胧世界,不仅让近视者深感认同,连视力良好的人都想感受一下朦胧美到底是什么样子的!

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Trending Thu, 19 Aug 2021
error: Content is protected !!