Featured By: Aqilah Paharuzi May 24, 2022 @ 6:50pm

Bekas Diplomat & Anak Lelaki Ditahan Gara-Gara Disyaki Tanam 100 Pokok Ganja

Seorang bekas diplomat berusia 78 tahun dan anak lelakinya ditahan berikutan penemuan kira-kira 100 pokok ganja yang disyaki ditanam di pekarangan rumah mereka di Janda Baik, Pahang.

Maklumat berkenaan didedahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

“Pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengetahui bagaimana suspek memperoleh bekalan pokok ganja terbabit.

“Kami juga sedang menyiasat peranan kedua-dua suspek yang ditahan dalam kes tersebut,” katanya.

Difahamkan semasa serbuan, mantan diplomat ditahan di rumahnya pada Sabtu lalu, manakala anak lelakkinya, 53, ditahan di Shah Alam pada Isnin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dijangka akan mengeluarkan kenyataan media pada Selasa.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Feb 2018

ALTIMET UCAP SELAMAT TINGGAL PADA PENTAS AJL?

Bagi Altimet, keputusan ini dibuat untuk memberi laluan kepada penyanyi rapper lain untuk beraksi dipentas yang cukup berprestij ini. Seterusnya, menyangkal dakwaan bahawa Altimet mengambil keputusan ini kerana dikatakan sudah give up

Featured Fri, 17 Mar 2023
Events Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Mon, 18 Jun 2018

Meriahnya! Rumah Nenek Lofa Jadi Tumpuan

Kebiasaannya, kami menyediakan khemah untuk sanak-saudara dan peminat yang datang beraya. Hari raya kedua dan ketiga pun rumah nenek masih penuh dengan tetamu.

Featured Tue, 13 Dec 2022
Featured Tue, 10 Apr 2018

7 Kawasan Di Dunia Yang Sesiapa Pun Tak Boleh Lawat, No. 3 Paling Ngeri

Kebanyakan tempat di dunia ini memang terbuka untuk pelancong, tapi ada beberapa kawasan larangan yang memang dikawal ketat.

familuv Mon, 6 Apr 2020
Trending Fri, 27 Nov 2020