“Jangan Pandang Rendah Usaha Boikot, Kita Kena Semangat… Biar Ekonomi Mereka Jatuh” – PU Riz

Selebriti dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali PU Riz menegaskan keperluan untuk memboikot sesuatu perkara perlu ada pengasingan.

Menurut Haris, penggunaan media sosial sangat penting dalam menyebarkan sesuatu maklumat mengenai keadaan terkini di bumi Palestin yang semakin hari semakin dibantai Zi*ni$.

Malah, menyifatkan media sosial tidak wajar untuk diboikot oleh pengguna.

“’Eh kau pakai Instagram, TikTok, Facebook buat apa? Itu kan semua yahudi’, jangan pandang macam itu kerana ia adalah ‘seperation’ (pengasingan).

“Cara memboikot perlu diasingkan. Ada orang guna cara boikot dengan cara dia bercakap dalam media sosial, betul tak? Hari ini, kenapa kesedaran kita begitu tinggi?

“Kadang bila bangun pagi pun kita terfikir.. kat sana kena bom lagikah. Dari mana anda tahu? Tak akanlah 24 jam duduk di depan televisyen, kita tengok dalam media sosial,” ujarnya dalam satu ucapan di media sosial.

Tambah suami kepada selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa ini lagi, semangat untuk memboikot ini perlu konsisten agar tidak menyumbang kepada ekonomi Israel.

“Katakanlah, kalau ideologi ini dibawa, katakanlah ada orang cakap ‘tak payahlah muat naik apa-apa, tak ada kesan pun’. Kalau anda tak nampak benda-benda itu di media sosial, macam mana nak dapat penjelasan itu? Macam mana dalam hati nak rasa kesedihan itu?

“Sebab itu, jangan seseorang pun daripada kita memberitahu ‘jangan boikot’. Kita teruskan boikot ini sehingga mereka tak ada lagi kebergantungan duit kita.

“Jangan pandang rendah pada usaha boikot ini. Kita kena semangat dalam perkara ini dan biarkan ekonomi mereka jatuh. Kita tak nak satu sen pun duit kita terlibat dalam menghancurkan saudara-saudara Islam kita di sana,” ujarnya optimis.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Tak Gentar Lantang Bersuara Isu Palestin – “PM Israel Ini Darahnya Halal Untuk Dibun*h Oleh Orang-Orang Mukmin”

ARTIKEL BERKAITAN: Universal Music Malaysia Tolak Keganasan, Bersifat ‘Neutral’… Syukur Artis Naungan Tak Diboikot Peminat Muzik

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Giat Bantu Palestin – “Saya Tak Ada Niat Lain, Saya Hamba Allah Yang Ada Tanggungjawab”

Khairil Khusyairi