Alif Satar Buat Trend TikTok Bersama Anak, Peminat Komen: “Macam Abang Adik Je”

Penyanyi dan pelakon Alif Satar tampil berkongsi momen dirinya membuat trend TikTok bersama dua anak perempuannya, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Menerusi perkongsian di Instagram, Alif telah memuat naik videonya melayan kerenah anak-anak perempuannya menari trend lagu Touch My Body nyanyian Mariah Carey bersama.

“Layan anak-anak jap,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya terhibur melihat gelagat mereka anak beranak.

Malah, ada juga yang menyifatkan alif seperti abang kepada anak-anaknya dek kerana wajahnya yang tidak menua.

Fatin Nurain