Kongsi Foto Bersama Isteri Sempena Anniversary, Netizen Puji Haqiem Rusli – “Semua Dia Post Gambar Wife Dia Tutup Aurat”

Penyanyi Haqiem Rusli membuat ucapan manis kepada isterinya, Anis Sofea, di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Haqiem atau nama lengkapnya Ridzuan Haqiem Rusli memuat naik sebuah foto dirinya bersama isteri tercinta.

Lebih manis foto tersebut dirakam berlatarbelakang Menara Berkembar Petronas sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.

“Happy anniversary to my lovely wife, l like you very much. Just as you are, Thank You jadi peneman setia Akem, menerima segala kelemahan suamimu ini, you’re strong woman.

“Semoga kita kekal selama-lamanya

“We love you sofea,” ungkapnya manis.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut dengan mengatakan ia sangat manis.

Ramai menitipkan ucapan buat pasangan ini agar rumah tangga yang dibina kekal hingga ke Jannah.

Antara komen lain yang menarik perhatian adalah seorang pengguna memuji Haqiem kerana tidak pernah memuat naik foto isterinya yang tidak berhijab.

“Aku respek Haqiem Rusli ni dia tak pernah post gambar dengan wife dia yang wife dia yang free hair, semua di post gambar wife dia tutup aurat. MasyaAllah semoga diberikan hidayah,” coret seorang warganet.

Terdahulu, Anis Sofea tampil mengejutkan ramai apabila membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab pada sambutan Aidilfitri lalu sehingga mendapat kecaman hebat netizen.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.

Untuk info, Haqiem yang bergandingan dengan sepupunya, Ariff Bahran kini sedang berentap di pentas Famili Duo di TV3!

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3! Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my atau strim secara HD hanya di Tonton.

Enam pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) dan Syarif & Syaful Zero (Adik Beradik).

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo 3: Nafi Wajah Berseri Sebab ‘Cucuk’, Haqiem Rusli Amal Vitamin C & Minum Air Kosong.. Isteri Yang Ajar!

Khairil Khusyairi