[VIDEO] “I Love You Too From…” – Amelia Henderson Balas Kata-Kata Cinta, Aedy Ashraf Siap Betulkan Mikrofon Semasa On Air!

Pelakon Aedy Ashraf mengungkapkan kata cinta terhadap aktres dan pengacara, Amelia Henderson secara umum semasa ‘on air’ bersama sebuah stesen radio, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok @era.je, Aedy diberi cabaran untuk menghubungi Amelia dan mengatakan kata-kata manis buatnya atau dia akan dikenakan hukuman aliran elektrik di bahagian perutnya.

Aedy menyahut cabaran tersebut dan memberitahu kekasihnya dengan kata rindu dan cinta terhadapnya.

“Hai sayang. Sayang, I’m on live now on radio Era kalau tak call nanti I kena current. So, mereka suruh I bagitahu sweet things to you and I love you and I miss you,” ujar Aedy dan kedengaran ketawa Amelia di dalam talian.

Kemudiannya, penyampai radio meminta Amelia untuk membalas semula ungkapan cinta Aedy tersebut.

“I love you too from the bottom of my heart,” balas Amelia sambil Aedy membetulkan mikrofon agar suara teman wanitanya jelas kedengaran.

@era.je Bersemut pagi ni di #3PagiERA bila @aedyxashraf call @ameliath eh. Walaupun kena paksa, tapi dalam hati tu sebenarnya ikhlas je kan Aedy? Haha cute la korang 😆 #sharERA ♬ original sound – ERA

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dapat merasakan kemanisan cinta Aedy terhadap Amelia.

“Aduh dia sayang-sayang. Sweetnya Dy.

“Sweet nyaa.. Boek lah tak hide-hide dah.

“Sweet gila,” komen netizen.Pelakon Aedy Ashraf mengungkapkan kata cinta terhadap aktres dan pengacara, Amelia Henderson secara umum semasa ‘on air’ bersama sebuah stesen radio, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok @era.je, Aedy diberi cabaran untuk menghubungi Amelia dan mengatakan kata-kata manis buatnya atau dia akan dikenakan hukuman aliran elektrik di bahagian perutnya.

Aedy menyahut cabaran tersebut dan memberitahu kekasihnya dengan kata rindu dan cinta terhadapnya.

“Hai sayang. Sayang, I’m on live now on radio Era kalau tak call nanti I kena current. So, mereka suruh I bagitahu sweet things to you and I love you and I miss you,” ujar Aedy dan kedengaran ketawa Amelia di dalam talian.

Kemudiannya, penyampai radio meminta Amelia untuk membalas semula ungkapan cinta Aedy tersebut.

“I love you too from the bottom of my heart,” balas Amelia sambil Aedy membetulkan mikrofon agar suara teman wanitanya jelas kedengaran.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dapat merasakan kemanisan cinta Aedy terhadap Amelia.

“Aduh dia sayang-sayang. Sweetnya Dy.

“Sweet nyaa.. Boek lah tak hide-hide dah.

“Sweet gila,” komen netizen.

Maya Basir