“Jangan Rendahkan Martabat Hanya Kerana Orang Lain Minta Berbuat Demikian” – Puteri Sarah Tuju Pada Siapa Tu?

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana memaklumkan setiap individu tidak perlu merendahkan martabatnya dek kerana orang lain meminta untuk berbuat demikian.

Perkara itu dikongsi Puteri Sarah menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Rabu.

“Seekor singa tidak akan memakan rumput walaupun tengah lapar.

“Jadilah seperti seekor singa yang tak pernah merendahkan kedudukannya dek kerana keadaan sekeliling meminta untuknya berbuat demikian,” katanya.

Menjengah  ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat aktres berkenaan.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan Puteri Sarah tidak dapat dibandingkan dengan Ira Kazar kerana dia mempunyai ‘kelasnya’ tersendiri.

“Perempuan berkelas macam Sarah akan sentiasa nampak berkelas, hebat lagi. Tapi, kalau bet*na low class, penyondol lagi, tak ada apa-apa, masak pun tak seberapa menarik tetap ‘low class’. Sekian,” komen netizen.

Dalam pada itu, terdapat individu yang bertanyakan adakah Puteri Sarah keluar makan malam bersama bekas suaminya, Syamsul Yusof diruangan berkenaan.

Bagaimanapun, tidak berdiam diri Puteri Sarah tampil membalas komen berkenaan dengan menyatakan dia tidak akan keluar bersama bekas suaminya itu.

Artikel Berkaitan: “Dekat Mananya Aku Buat Fake Account?” – Hanya Ada Satu Telefon, Ira Kazar Nafi Miliki Akaun Palsu!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Ugutan Bunuh Gara-Gara Live Dengan Ira Kazar, Isteri Azlan Komeng Buat Laporan Polis – “Aku Tak Backup Dia…”

Artikel Berkaitan: “Suami Awak Voice Note Saya, Baik Check Call Log Dia,” – Puteri Sarah Usik Fake Akaun Dipercayai Milik Ira Kazar?

Artikel Berkaitan: Kelibat Andi Arsyil Sokong Puteri Sarah Bikin Peminat Tak Senang Duduk, Netizen Komen: “Sweet! Andi Pun Nampak Penyayang”

Salma Syahbuddin