Categories: HiburanSelebriti

Redza Rosli, Tracie Sinidol Buat Couple Trend Undang Usikan – “Entah-Entah Diorang Betul-Betul Bercinta”

Pelakon Redza Rosli tampil mengundang usikan dalam kalangan peminat selepas membuat ‘couple trend’ bersama aktres baharu, Tracie Sinidol.

Menerusi perkongsian di Instagram, Redza dan Tracie telah merakam momen mereka membuat bentuk hati atau love seperti kebanyakan pasangan kekasih lakukan.

Menurut Redza, dia lebih rela membuat trend tersebut berbanding disuruh menari seperti apa yang dipamerkan oleh pelakon-pelakon lain ketika di set penggambaran, sejak kebelakangan ini.

“Untuk aku mengelak dari kena joget joget kita buat macam ni je,” tulisnya.

Melihat kemesraan kedua-dua pelakon itu, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai respons yang mencuit hati dalam kalangan peminat di ruangan komen.

Lebih menarik lagi, Tracie turut meninggalkan komen berbaur usikan dengan meminta aktor itu menggunakan gambar tersebut untuk wallpaper telefon bimbitnya.

Umum tahu, kini Redza dan Tracie bergandingan dalam sebuah drama bersiri TV3, Luruhnya Bunga Cinta di Slot Akasia.

Selain Redza dan Tracie, drama arahan Riza Baharudin itu turut dibintangi oleh Nabila Razali, Laila Nasir, Datuk Eizlan Yusof, Zila Bakarin dan ramai lagi.

 

Fatin Nurain