Categories: HiburanTrending

“Jangan Tekan Sangat Anak Tu!” – Siti Saerah Tepis Dakwaan Paksa Anak Menyanyi Kerana Kempunan Ingin Popular

Adik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Saerah menyangkal dakwaan yang mengatakan dia memaksa anaknya untuk mengikut jejak langkahnya sebagai seorang penyanyi, sebaliknya dia hanya memberi sokongan dan dorongan terhadap minat anak perempuannya itu.

Menurutnya, anaknya, Ummi Umairah atau mesra disapa Umai yang berbakat besar dalam bidang nyanyian itu mengikut keinginannya sendiri tanpa desakan oleh dirinya atau sesiapa.

“Saya tak pernah paksa anak-anak saya. Insya-Allah semua ini untuk masa depan dia.

“Jangan risau Umai masih lagi enjoy dengan apa dia buat,” ujarnya.

Memetik laporan Kosmo, sebelum ini, Saerah berkongsi video dalam TikTok Umai mengikuti kelas vokal sebagai persediaan untuk berentap di pentas akhir pertandingan World Championship of performing Arts (WCOPA).

Selain dihujani kata-kata semangat dan ucapan moga maju jaya, tanpa diduga, video tersebut bagaimanapun turut menerima kecaman daripada segelintir netizen yang mempertikaikan usaha baik Saerah menyokong minat anaknya itu.

Lebih-lebih lagi, Umai kelihatan menitiskan air mata akibat tertekan dengan sesi latihan tersebut.

“Saya sendiri kadang-kadang kasihan tengok Umai, ibu bapa dia macam terlalu paksa sangat dia jadi penyanyi. Konon mahu menjadi macam ibu saudaranya Apa pun semoga berjaya Umai,” komen netizen berkenaan.

“Jangan tekan sangat anak tu Saerah, bagi dia rasa seronok menjadi penyanyi, bukan hanya disebabkan nak jadi macam TokTi atau sekadar teruskan hasrat ibunya yang kempunan ingin popular,” kata warganet.

Sumber : Kosmo

Syamir Shafie