Categories: HiburanTrending

“Saya Bersyukur Sebab Saya Diciptakan Tidak Sempurna”- Sering Menjadi Bahan Kecaman, Syada Amzah Ingatkan Netizen Segera Bertaubat

Akibat sering dijadikan bahan kecaman, penyanyi Syada Amzah memberi nasihat kepada netizen agar menghentikan perbuatan tersebut.

Syada atau Nursyuhada Amir Amzah mengingatkan individu yang membencinya, supaya sayang dengan pahala masing-masing.

Baginya, mereka tidak mendapat apa-apa faedah atau kebaikan langsung apabila mengeji dirinya secara terus-menerus.

Anak bongsu kepada penyanyi veteran, Datuk ND Lala itu meluahkan rasa kesalnya itu menerusi sebuah hantaran yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya.

Syada mendedahkan dia pernah menerima kecaman terhadap wajahnya yang dikatakan kelihatan lebih tua berbanding usianya.

Tidak mudah melenting, Syada bagaimanapun menyifatkan hinaan tersebut sebagai satu pujian buat dirinya kerana ia bersifat normal sahaja.

“Saya masih anggap itu sebagai satu pujian. Saya sukakannya sebab walaupun say atua, tapi saya masih ada jerawat dan membuatkan saya merasakan itu adalah perkara normal,” ujarnya.

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi hebat tanah air, Shila Amzah itu juga tampil menepis dakwaan yang menuduh dia pembunuh kucing kerana bersifat culas dalam menjaga kucing-kucingnya itu.

“Saya hantar kucing-kucing saya untuk divaksin. Saya berhabis banyak wang ringgit untuk ubat, penjagaan bulu (grooming) dan makanan.

“Ramai tidak tahu kerana kebanyakan daripada anda yang meninggalkan komen sebegitu, selalunya tidak kisah dengan kehidupan orang lain,” jelasnya.

Bahkan, pelantun lagu Hasrat itu juga memberi respons terhadap tindakan segelintir warganet yang mempersoalkan keadaan mulutnya yang dikatakan senget serta gigi berkarang.

“Mulut dia herot (senget), gigi berkarang, kenapa tak pakai pendakap gigi (braces)? Ini kurniaan Allah SWT. Alhamdulillah, walaupun tidak sempurna.

“Awak sahaja yang ada masalah dengan ciptaan Tuhan yang awak sembah. Saya bersyukur sebab saya tidak diciptakan sempurna.

“Saya sentiasa ingat asal usul, adab, adat dan agama saya,” jawab Syada.

Syamir Shafie