Categories: HiburanSelebriti

Jangan Terus Kecam, Tengok Dulu…

Menyanyi sudah, berlakon sudah, mengarah pun sudah, hebat bakat yang ada pada selebriti Asmawi Ani atau lebih mesra dengan panggilan Mawi.

Mawi ketika ditemui baru-baru ini memaklumkan filem komedi rohaniah terbitan syarikat beliau, Mawi World Sdn Bhd dalam proses menyiapkan baki di peringkat terakhir.

Akui beliau, perasaan berdebar menanti maklum balas daripada penonton sudah semestinya ada!

Maklum saja, ini merupakan kali pertama saya mengarah pembikinan filem. Terima kasih kepada kawan baik, Syamsul Yusof yang banyak memberi tunjuk ajar,” katanya kepada xtra.com.

Ketika disoal tak takutkah Mawi dikecam jika filem ini nanti tidak menepati kehendak penonton?

Saya dah sedia. Kalau tak bersedia tak adalah saya buat langkah berani begini. Lagipun, walaupun filem belum keluar, sudah ada cakap-cakap di belakang. Jangan kecam, kena tengok dulu,” katanya tenang.

Bercerita tentang filem ini, Mawi memaklumkan filem terbitan beliau ini menyelitkan kisah sebenar mengenai dirinya iaitu mengisahkan pemuda kampung yang ingin menjadi glamour. Nak tengok sejauh mana kemampuan Mawi menerbitkan filem? Sama-sama kita tunggu Oktober ini!

SGMS Faida