Hiburan By: SGMS Fas July 14, 2019 @ 2:38pm

Janna Nick Artis Paling Mahal?

Pelakon dan pengacara, Janna Nick menafikan desas-desus mengenai dirinya kini antara selebriti yang meletakkan harga tinggi.

Kata Janna ketika ditemui Xtra, dia tidak meletakkan harga tinggi kepada mana-mana produksi sebelum ini.

“Percaya tak harga untuk mengambil saya berlakon tidak pernah berubah sejak lapan tahun lalu. Tak pernah naik harga.

“Saya mengamalkan win-win situation dengan syarikat produksi kerana saya memahami bayaran diterima dari stesen televisyen juga perlu diambil kira,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32 di Hotel Tamu, baru-baru ini.

Namun begitu, pelakon Cari Aku Di Syurga ini mengaku dia meletakkan harga berbeza bagi syarikat yang mengambilnya sebagai duta produk.

“Untuk endorsement memang harga lain dari tawaran berlakon. Tapi tak adalah nak cakap saya artis paling mahal di Malaysia buat masa ini.

“Setiap pekerjaan yang saya lakukan sudah tentu dilunaskan dengan ikhlas. Saya mencari rezeki dalam bidang ini dan perlu fikir tentang masa depan juga,”akhiri Janna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 May 2023
Featured Thu, 26 May 2022
Featured Wed, 5 Jun 2024

Wany Hasrita Anggap Individu Samakan Wajah Anak Selebriti Dengan B*natang ‘Tak Sihat Mental

ish tak baik tau yang kata muka anak selebriti macam b*natang

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Gandingan Mantap Henry Golding Dan Emilia Clarke Dalam…

Selepas Crazy Rich Asian, beliau sekali lagi akan bergadingan dengan watak utama drama bersiri Games Of Thrones

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Simpan Foto Lucah, Bintang Korea Ini Bakal Berdepan Tindakan Mahkamah!

Pihak berkuasa Seoul kini sedang meneliti foto-foto berkenaan dan buat masa ini Jung Joon Young telah ditahan.