Janna Nick Terkejut Sampai Jatuh Kerusi Gara-Gara…

Penonton program I Can See Your Voice Malaysia 5 (ICSYVMY 5) yang sedang bersiaran di TV3, semakin terhibur dengan gelagat pengacara dan panel penyiasat musim kali ini.

Walaupun baru memasuki episod kedua, program tersebut berjaya meraih sebanyak tiga juta penonton setakat semalam.

Menerusi episod yang baru sahaja bersiaran pada Ahad, Janna Nick sebagai panel penyiasat berjaya menghiburkan hati penonton dengan gelagatnya yang terjatuh kerusi selepas terkejut dengan penyamar dalam program tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram, Janna turut memuat naik babaknya terjatuh kerusi itu.

“Sakit tapi masih bertahan,” tulis Janna.

Perkongsian tersebut juga turut menarik perhatian peminatnya dan rakan-rakan artis yang serta berharap pelakon tersebut dalam keadaan baik.

“Nothing serious kan? Ke ada lebam mana manaa lepas jatuh tu?Hahahahahaha Kak Janna,” komen seorang peminatnya.

“Tak behave betul ye awak hari ni HAHHAHAHAHAHHA,” tulis seorang netizen

“Aku tak larat nak angkat this time, sorry. Cukuplah hari tuuuu hahahahahaha,” komen Andi Bernadee.

Selain Janna, Andi Bernadee dan Datuk Rosyam Nor juga antara barisan panel penyiasat.

Program yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce ini juga bersiaran pada setiap Ahad, jam 9 malam.

Fatin Nurain