Categories: HiburanSelebriti

Jasper Supayah Saran Anak Muda Kaji Lirik Sebalik Lagu Sebelum Buat Content – “Especially Perempuan…”

Pelakon Jasper Supayah tampil meluahkan rasa kurang senangnya terhadap tindakan sesetengah anak muda yang tidak peka terhadap pemilihan lagu ketika membuat content.

Perkara tersebut telah diluahkan oleh Jasper menerusi sebuah perkongsian di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Jasper menyatakan kebimbangannya sikap sesetengah anak muda yang sering menyanyi dan menggunakan sesetengah lagu tanpa mengambil tahu tentang maksud liriknya.

“Perempuan Gen Z! I don’t know about others, tapikan I’m the type of person that kalau dengar lagu tu, Jas akan dengar lirik-lirik dia sekali tau.

“Sebab saya sedar ramai orang yang post reels ke menyanyi spontan ke tanpa ambil tahu dan fahami maksudnya. Dah lah lagu nowadays memang tak ada filter. Kalau “@-&/!:)” dia orang sebut “¥_£\%\¥…,” tulisnya.

Namun, Jasper juga sempat memberikan nasihat dan saranan agar anak muda terutamanya perempuan untuk mengkaji dulu bait lirik lagu sebelum memuat naik di media sosial.

“Tolong dengar lirik lagu sebelum muat naik atau menyanyi sebab kesian kadang-kadang tengok terutamanya perempuanlah kan.

“Awak-awak tu perempuan. Jagalah sikit. Pergi google lirik tu kalau tak tahu apa yang mereka nyanyikan. Tapi, kalau memang tak ada idea untuk content awak yang lirik bukan-bukan tu, teruskan je.

“Saya hanya bagitahu kepada mereka yang tak sedar. Hanya berkongsi sebab sharing is caring. Take care ya loves,” jelasnya.

Fatin Nurain