Categories: Hiburan

Jayakan Konsert Cinta Sampai Di Kuala Lumpur, D’Masiv Kembali Ke Malaysia 4 Februari 2024

Kumpulan muzik popular Indonesia, D’Masiv bakal kembali ke Malaysia untuk mengiburkan peminat setia mereka dengan Konsert Cinta Sampai Di Kuala Lumpur.

iFix Entertainment, bekerjasama dengan Panggung Asia, dengan bangga mempersembahkan konsert live yang dijadualkan berlangsung pada 4 Februari 2024, jam 8.30 malam di Mega Star Arena Kuala Lumpur.

D’Masiv, yang terkenal dengan lagu-lagu hit papan atas dan persembahan yang meruntun jiwa, berjanji untuk menyajikan malam yang penuh dengan muzik elektrik, balada emosional, dan pengalaman yang tidak boleh dilupakan bagi peminat di Kuala Lumpur.

Wakil iFix Entertainment berharap agar Konsert Live D’Masiv ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Kami berharap peminat peminat D’Masiv yang berada di Malaysia tidak akan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan persembahan menarik D’Masiv secara langsung di Kuala Lumpur.

“Mereka akan menyampaikan lagu-lagu hit yang menjadi kegemaran peminat. Sertai kami untuk malam kecemerlangan muzik dan kenangan bersama,” kata Pengarah Syarikat iFix.

Tiket boleh didapati di www.tapautix.asia bermula dari RM139, RM159 dan RM199 sahaja.

Padin