Jelas Kelihatan ‘Baby Bump’ Anak Kedua, Netizen Usik Intan Ladyana – “Tak Boleh Nak Cover Dah”

Teka teki pelakon Intan Ladyana yang dikatakan sedang berbadan dua akhirnya terjawab selepas ‘baby bump’ cahaya mata kedua jelas kelihatan.

Menerusi hantarannya di Instagram, Intan berkongsi sesi penggambaran menggayakan jenama koleksi tudung dan baju kurung.

Di dalam video tersebut, Intan sempat menutup bahagian perut dengan sebuah beg namun tetap terlihat dari sudut tepi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji isteri kepada pelakon Harris Alif yang semakin berseri-seri semasa hamil malah, ada yang mengusik ‘baby bump’ yang dirahsiakan usia kandungannya.

“Comelnya baby bump.

“Tak leh nak cover dah baby bump.

“Lawanya dia dari dulu memang babyface je.

“Maaf, akak terfokus kat baby bump yang comel tu,” komen netizen.

Untuk rekod, Intan dah Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja yang hampir memasuki usia dua bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam Baby Boy Je” – Ruangan Komen Dibanjiri Ucapan Tahniah, Intan Ladyana Kini Hamil Anak Kedua?

Maya Basir