Categories: Hiburan

“Jenguk-Jenguklah Ibu Anda Di Kampung” – Aksi Agresif Lelaki Berbaju Kelawar & Bertudung Sarung Main Bola Sepak Undang Dekah

Sebuah video yang memaparkan sekumpulan lelaki memakai baju kelawar, berkain batik serta bertudung sarung agresif bermain bola sepak tular di media sosial, baru-baru ini.

Video berdurasi 20 saat itu telah mengundang ketawa netizen kerana pakaian yang dikenakan seakan-akan makcik-makcik yang berada di kampung.

@ah_yenz

Sukan rakyat lepar hilir #leparproblem #fyp #fypシ

♬ suara asli – 👉 Rizal alfarisiy 👈 – 👉 Rizal alfarisiy 👈

Video berkenaan telah meraih 482,200 tontonan, 39,800 tanda suka dan 810 komen di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ah_yenz, aksi ganas seperti tolak-menolak dan tarik tudung semasa bermain bola sangat menghiburkan.

Rata-rata netizen turut memberikan komen kelakar terhadap video tersebut.

“Kepada anak-anak di luar sana, jenguk-jenguklah ibu anda di kampung”

“Wah hebat la Umi Kalsom and the geng”

“Ni balik confirm kena marah dengan bini sbb baju koyak”

“Skil yang mengelirukan kawan dan lawan”

“Si Rokiah kat belakang tu kesian tunggu bola”

“Sampai tercabut tudungnya”

Syamir Shafie