“Perkara Paling Hina Pernah Dengar…” – Individu Dakwa Tiz Zaqyah Enggan Berkahwin Gara-Gara Dituduh Tak Suka Kanak-Kanak

Pelakon, Tiz Zaqyah meluahkan rasa kecewa apabila ada individu mendakwa dirinya belum berumah tangga gara-gara dituduh tidak menyukai kanak-kanak.

Aktres filem popular Nur Kasih ini memuat naik ciapan di platform X miliknya pada Ahad meraih tumpuan ramai.

“‘Tiz kenapa tak kahwin, mesti you tak suka budak kan’… Perkara paling hina yang pernah saya dengar! Wow..,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, ramai berharap Tiz untuk tidak mengendahkan kritikan tersebut yang seakan tidak senang duduk melihatnya bahagia, meskipun berstatus bujang.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Tiz berkata individu yang bertanya soalan berkenaan adalah sebaya dengannya.

Sebelum ini, nama Tiz dan pelakon, Keith Foo hangat menjadi perbualan di media sosial selepas acap kali tular aksi mesra mereka di media sosial.

Bagaimanapun, Keith Foo berkata mereka serasi hanya sebagai rakan baik dalam industri lakonan.

Artikel Berkaitan: “Kami Memang Rapat Sejak…” – Tular Video Mesra Berpegangan Tangan & Berpelukan Dengan Tiz Zaqyah, Ini Respons Keith Foo!

Artikel Berkaitan: “Kerja Betul-Betul… Bukan Setakat Cinta Lokasi, Beli Jiwa, Perform” – Tiz Zaqyah Titip Pesanan Pada Pelapis Baru

Aqilah Paharuzi