Sara Ali Kongsi Proses Percintaan Sabri Yunus & Angeline Tan – “Kesabaran Dan Effort Dia Nak Tambat Hati…”

Pelakon Sara Ali berkongsi kisah percintaan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga iaitu pelawak dan pelakon Sabri Yunus bersama Angeline Tan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Sara pernah melihat proses perkenalan mereka di mana Sabri berusaha menambat hati Angeline.

“Aku ada proses diorang bercinta tu, tapi masa tu dia more to uncle Sabri punya kesabaran dan effort dia untuk tambat hati kak Angeline.

“Alhamdulillah, disatukan. But most important thing is berserah segalaNya pada Tuhan. Congratulations,” ujarnya.

Menerusi hantaran Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan Yoke Yeah di Instagram, rata-rata rakan artis antaranya Nabila Huda, Raja Azura, Adam Corrie, Marsha Milan dan netizen mengucapkan tahniah di atas perkahwinan mereka.

Pada Sabtu lalu, Sabri dan Angeline mendirikan rumah tangga selepas tiga tahun bercinta.

Pasangan ini pernah berlakon bersama di dalam siri sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan masing-masing membawakan watak Wan Ismail Golok dan Lucy.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Selamat Diijabkabulkan, Sabri Yunus Kini Suami Kepada Angeline Tan – “Mula-Mula Rapat Tiga Tahun Lalu…”

Maya Basir