Takziah buat bapa mendiang Michael Jackson, Joe Jackson yang dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir di usia 89 tahun.

Wakil keluarga Jackson iaitu Carlos Reyes memberitahu Joe meninggal dunia disebabkan penyakit kanser pankreas pada tahap akhir.

Joe mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Las Vegas.

Pihak doktor juga sudah memaklumkan bahawa dia tidak mampu bertahan kerana keadaan penyakit yang semakin teruk dan usia yang semakin tua.

Dia menghidap penyakit tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Lelaki berkenaan bertanggungjawab menubuhkan kumpulan The Jackson 5 dan membina kerjaya solo Michael dan Janet.

SGMS Faida