Categories: Eat Travel

Puas Dapat Makan Sotong Gergasi Di Nasi Kukus Sotong Besar

Ia pernah viral tidak lama dulu dan sejak itu populariti restoran ini terus mendadak naik.

Menerima kunjungan yang tidak putus-putus dari pelanggan, keistimewaan restoran Nasi Kukus Sotong Besar (NKSB) ini bukan saja terletak pada kelazatan hidangannya, malah kadar harga yang amat berpatutan.

Jika lihat pada nama restoran, barangkali kita terfikir menu yang ditawarkan adalah terhad. Sebaliknya selain nasi kukus, premis beralamat di No. 2, aras bawah, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, Klang, Selangor ini turut menyediakan nasi kerabu, kambing bakar, nasi lemak, char kuey teow dan masakan panas yang lain.

Sekiranya anda merancang untuk ke sini, wajib cuba nasi kerabu sotong besar atau signature dish iaitu nasi kukus sotong besar.

Tanpa lauk, nasi itu sendiri sememangnya sudah sedap apatah lagi dihidangkan panas-panas bersama kuah gulai dan sambal belacan.

Itu belum lagi penangan sotong besar yang cukup lazat, rangup dan garing di luar tetapi lembut di dalam. Portion yang disediakan sangat besar, hidangan untuk seorang boleh dimakan oleh 3 atau 4 orang. Memang puas hati habis!

Yang bestnya harga setiap hidangan di bawah RM15. Set nasi kerabu kambing bakar misalnya RM14.50, nasi kukus sotong besar (RM13.50), char kuey teow biasa (RM8) dan special (RM9) manakala bihun celup berharga RM5. Minuman yang popular di sini pula adalah jus kedondong asam boi (RM3.50)

So kalau tiada idea hendak makan di mana, anda bolehlah ke restoran ini. Ia dibuka setiap hari (Isnin-Ahad) dari jam 12 tengahari hingga 11 malam.

Foto: Facebook Nasi Kukus Sotong Besar

Foto: Facebook Nasi Kukus Sotong Besar

Foto: Foto: Facebook Nasi Kukus Sotong Besar

Foto: Facebook Nasi Kukus Sotong Besar

Yanie Baharom