“Jongkong Emas Palsu?? Apa ni?” – Putra Amaris

“Apa ni? Saya tidak tahu menahu pun!,” dedah pelakon Putra Amaris yang didakwa terbabit dalam penjualan jongkong emas palsu.

Menerusi Instagram miliknya, Putra Amaris menafikan dirinya terbabit dalam urusan jual beli jongkong emas seperti yang diperkatakan.

“Dua tiga hari ini saya dikejutkan dengan mesej DM konon saya menipu jual jongkong emas palsu.

“Tiba-tiba saja nama saya dikaitkan. Jangan sebab saya menjalankan bisnes lain, saya diheret pula.

“Pada masa ini, saya sedang kumpul maklumat lanjut. Nak tahu juga daripada mana mereka dapat,” katanya.

Katanya lagi, sekiranya aktiviti penipuan ini sudah keterlaluan, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan.

Sebelum ini, beberapa netizen DM pelakon itu menuduhnya menjual jongkong emas palsu selain ada yang menuntut mengembalikan wang mereka.

 

Oleh: Guy Masaki

Del14