Noor Nabila Mohon Hak Penjagaan Sementara Jebat Jayden

Kemelut penceraian antara kakak kepada Neelofa, Noor Nabila dan pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad masih belum selesai. Yelah, perkara begini memakan masa kecuali kalau kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai dan telah mencapai kata sepakat dalam hal-hal berkaitan seperti nafkah, penjagaan anak dan sebagainya. 

Di dalam prosiding mahkamah sebelum ini, Sharnaaz dikatakan enggan melafazkan cerai kerana masih ingin cuba menyelamatkan perkahwinannya. Kedua-dua mereka kemudiannya diarah untuk melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh mahkamah.

Baca: Sharnaaz Tolak Cerai, Air Mata Nabila Jatuh Di Mahkamah

Walaubagaimanapun, pada 13 September  yang lalu, Noor Nabila telah memfailkan tuntutan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) anak mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang juga akan menentukan hak lawatan anak Sharnaaz.  Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 201 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syarikah Wilayah Persekutuan. 

 

Noor Nabila yang hadir bersama-sama peguamnya Azmi Mohd Rais pada sebutan interim pertama pada hari ini ditemani ahli keluarganya dan Sharnaaz telah diwakili peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader. Mahkamah menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula permohonan itu. 

 

Sharnaaz dan Bella semasa upacara tahnik Jebat Jayden tahun lepas.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan diraikan dalam upacara yang gilang gemilang di Hotel Royale Chulan Damansara dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang baru sahaja menyambut harijadinya yang pertama hujung bulan Ogos yang lalu. 

 

 

Del14