Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dimana saya dan Bayu (bekas suami) bercerai cara baik tanpa ada perselisihan faham. 

Bila di tanya bila tarikh penceraian, Jue Aziz atau nama sebenarnya  Zuliana Abdul Aziz ini  enggan mendedahkan bila dia dan suaminya bercerai. Dia tidak dapat berkongsi secara terperinci mengenai berita perceraiannya itu

“Tidak perlu tulis bila tarikh kami bercerai kerana saya sudah habis edah pun.

“Walaupun sudah bercerai hubungan kami masih baik sampai sekarang,” katanya.

Jue berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal., pada 9 Mac 2014.

Namun, perkahwinan selama empat tahun setengah itu tidak dikurniakan cahaya mata. Bagaimanapun, mereka memiliki anak angkat Darwish Naufal 5..

SGMS Enal