Jumpa Kekasih Azri Iskandar Berstatus Datuk, Ellie Suriaty & Anak-Anak Gembira – “Suka Tengok Mereka Berdua”

Pelakon, Ellie Suriaty berkongsi foto terkini kekasih bekas suaminya, aktor Azri Iskandar bersama wanita yang dikenali sebagai Datuk Noora Kay.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Ellie memuat naik foto bersama Noora, sekaligus memuji pilihan hati Azri itu seorang wanita yang cantik luar dan dalam.

Malah, aktres filem Penanggal ini turut mendoakan agar segala urusan Noora dan Azri akan dipermudahkan.

“You are so very beautiful inside out my dear @datonoora.kay.

“I am so happy for Azri Iskandar, may Allah SWT permudahkan segala urusan kalian berdua. Amin Ya Rabbalallamin,” tulisnya.

Berdasarkan muat naik lain di IGs, Ellie berkongsi momen-momen mereka sekeluarga keluar makan malam bersama.

Video tersebut memaparkan momen mesra Ellie bersama kedua-dua anaknya, Azri, serta Noora dan anak lelakinya.

Menjengah ke akaun Instagram milik Noora, dia meluahkan rasa syukur segala urusan pertemuan dua keluarga itu dipermudahkan.

“Our family bonding for yesterday. Kerana Allah Ta’Ala. Sesungguhnya, kami hanya bergantung padaMu Yarob.
“Permudahkan segalanya. Terima kasih kak Ell dan rakan baik, Datuk Ayu Puteh. I love both of you until Jannah Allah SWT,” tulisnya.

Sementara itu, Ellie turut meninggalkan komen di hantaran tersebut mengatakan dia dan anak-anak bahagia melihat Azri dan Noora.

“Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kalian berdua hingga ke Jannatul Firdausi.

“Masya-Allah, love sangat tengok awak berdua, Noora dan Azri. Anak-anak happy sangat!,” tulisnya.

Sebelum ini, nama Azri heboh menjadi perbualan ramai di media sosial selepas dikatakan bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita bernama Dr Azra Diera.

Namun begitu, kisah percintaan bersama wanita tersebut semakin menyepi dan hubungan mereka renggang apabila kelibatnya tidak kelihatan sehingga Azri didakwa tidak siuman.

Artikel Berkaitan: “Saya Tiada Bisnes, Berlakon Saja Sumber Pendapatan Saya” – Azri Iskandar Tak Perlukan Bantuan Walau Tak Ada Job

Artikel Berkaitan: Didakwa Kaki Kikis Duit Wanita, Azri Iskandar Tampil Buka Mulut  – “Kalau Betul Saya Pengikis, Sekarang Ini Saya Dah Kaya”

Artikel Berkaitan: Serik Kongsi Kisah Percintaan Dengan Dr Azra, Azri Iskandar Dituduh Gila Gara-Gara… – “Dia Tak Sporting”

Aqilah Paharuzi