Muat Naik Foto Pakai Gaun Merah & Terbelah Hingga Peha, Penampilan Ameera Khan Curi Perhatian, Netizen Komen: “Neelofa Tak Marah Ke?”

Tindakan adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor iaitu Ameera Khan mencuri perhatian selepas dia memuat naik foto mengenakan gaun berwarna merah sambil mempromosikan jenama terkemuka antarabangsa, Valentino.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Ameera kelihatan sedang berdiri sambil membimbit beg tangan berwarna putih berjenama mewah itu dan mengenakan gaun merah yang terbelah sehingga menunjukkan sedikit bahagian pehanya.

“Work of art,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Perkongsian foto tersebut sekaligus mengundang respons negatif dalam kalangan warganet yang menganggap tindakan Ameera sebagai keterlaluan.

Bukan itu sahaja, terdapat segelintir pengikutnya yang menegur, bahawa sejak kebelakangan ini, Ameera kelihatan kerap memuat naik foto dengan pakaian yang mendedahkan tubuh badannya.

Susulan tindakannya itu, ada dalam kalangan warganet yang berseloroh bahawa Neelofa tidak sepatutnya meninggalkan ‘likes’ pada foto berkenaan memandangkan foto tersebut mendedahkan aurat adiknya.

Seakan sudah lali dengan kecaman, Ameera bagaimanapun tidak memberikan apa-apa respons terhadap komen-komen yang ditinggalkan.

 

Salma Syahbuddin