Justin Bieber Simpati Keadaan Demi Lovato

Berita penyanyi Demi Lovato yang dimasukkan ke hospital akibat pengambilan dadah secara berlebihan menerima pelbagai reaksi berbeza.

Ada yang simpati dan ada juga yang mengecam tindakan penyanyi berusia 25 tahun itu.

Namun bagi penyanyi Justin Bieber, dia sedih dengan keadaan kawan baiknya itu.

“ Sudah tentu saya terkejut dengan berita itu. Tetapi saya belum sempat menghubungi beliau,” katanya.

Memetik laporan Dailymail, Justin turut bimbang dengan situasi yang menimpa Demi Lovato.

“ Saya sama sekali tidak menyangka dia boleh kembali mengambil dadah tetapi saya doakan dia dan keluarganya dalam keadaan baik,” katanya.

Pelantun Give Your Heart A Break ini dikejarkan ke hospital di Los Angeles selepas ditemui tidak sedarkan diri dipercayai akibat pengambilan dadah secara berlebihan.

Difahamkan, Demi giat berjuang melawan ketagihannya terhadap barang terlarang itu beberapa tahun kebelakangan ini.

SGMS Faida