“Kadang Rasa Nak Give Up…” – 8 Tahun Cuba Nasib, Wani Kayrie Akui Sedih Tak Berjaya Masuk AJL38

Penyanyi Wani Kayrie meluahkan perasaan sedih apabila lagunya yang berjudul Kamu-Kamu tidak berjaya untuk mara ke Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).

Menerusi perkongsiannya di Instastory, sudah lapan tahun dia mencuba nasib untuk bertanding di pentas berprestij tersebut namun masih gagal.

“Wani jarang nak meluahkan apa-apa tentang perasaan Wani sendiri di platform macam ni tapi hari ni jujur rasa sebak sangat…

“Sebab sedar tak sedar dah genap 8 tahun semenjak kali pertama munculnya Wani Kayrie dengan lagu Jangan-Jangan (2015) dan berjaya masuk pencalonan Muzik-Muzik kali pertama, dan setiap tahun berikutnya Wani selalu mencuba nasib untuk loloskan diri dengan bertanding untuk lagu sendiri di salah satu pentas berprestij di Malaysia namun tidak ada rezeki lagi sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Selain itu, dia memberitahu pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk menaikkan nama dan bakatnya.

“Kadang rasa sedih dan tertanya-tanya lagu macam mana lagi yang patut dipertaruhkan agar orang pandang bakat dan usaha dalam diri ni.

“Wani pun sentiasa cuba untuk explore pelbagai genre lagu, dan bekerja dengan pelbagai komposer yang hebat juga, dah cuba buat lagu ikut trend pun tapi tak pernah berjaya,” kongsinya.

Meskipun mempunyai rasa hendak berputus asa, sokongan daripada peminatnya membuatkan dirinya masih terus melangkah ke hadapan.

Dalam pada itu, Wani turut mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta yang layak ke AJL38.

“Kadang rasa nak give up dah but because I appreciate my supporters and listeners a lot. Seronok tengok kawan-kawan industri lama malah yang baru juga dalam industri namun berjaya dapat pengiktirafan, penghargaan dengan lagu mereka sendiri.

“Mungkin kena dan tunggu lagi lah kan? Takpelah, sabar itu kan indah. Apapun, tahniah semua rakan-rakan saya yang mara ke AJL 38,” katanya.

Maya Basir