Categories: HiburanSelebriti

Zahirah Macwilson Kongsi Alahan Ketika Hamil Anak Kedua – “Ni Barulah Ada Selera Nak Makan Nasi”

Pelakon Zahirah Macwilson tampil berkongsi alahan yang dihadapinya sepanjang hamil anak kedua.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Zahirah menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, Zahirah telah memaklumkan usia kandungannya kini sudah mencecah trimester kedua.

Menurut Zahirah, dia mengalami masalah kurang selera makan sepanjang trimester pertama kehamilan.

“Second trimester ni baru lah ada selera nak makan nasi. Masa first trimester, tak nak makan nasi langsung. Masa tu bau lauk-lauk masakan pun tak boleh,” tulisnya.

Terdahulu, Zahirah dan suaminya, Aiman Hakim Ridza telah mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:  Tahniah! Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Fatin Nurain