Kagum Dengar Anak Ustazah Asma ‘Speaking’, Netizen Komen – “Sejuk Perut Ibu Mengandung! Slang Dia Tu Serupa Mat Salih”

Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun mencuri perhatian selepas mengadakan sesi live di TikTok miliknya bersama suami dan anaknya, Tengku Atikah pada Isnin.

Menerusi perkongsian tersebut, Ustazah Asma kelihatan memanggil anaknya perempuannya itu untuk berkongsi beberapa tips bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

“Masya-Allah hebatnya Puteri sulung Ustazah Asma’, berkongsi sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.  Ilmu yang bagus untuk anak-anak semua,” tulis pada kapsyen berkenaan.

@wan_anitawh MasyaAllah hebatnya Puteri sulung Ustazah Asma’, berkongsi sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini. Ilmu yang bagus untuk anak² SPM semua. #ustazahasmaharun #anakustazahasma #uah ♬ original sound – Wan Anita WH

 

Terkejut dengan kefasihan Atikah,17, bertutur dalam bahasa Inggeris, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ramai yang kagum dengan sikap ‘merendah diri’ yang sentiasa ditunjukkan Ustazah Asma’ dan keluarga.

“Terbaik! Ni bukan takat bahasa Inggeris fasih, bahasa arab pun mesti fasih juga macam ustazah.

“Nampak je diam, sekali dia cakap nak sembang atau tanya pun segan.

“Wow, fluentnya anak ustazah speaking. Terbaik!

“Parents yang melahirkan anak-anak yang hebat.

“Hebatnya! Terpegun tengok,” komen netizen.

Difahamkan, Atikah bertutur bahasa Inggeris dengan fasih kerana dia mendapat pendidikan awal di Australia selain turut dilahirkan di sana.

 

@dillahussin MasyaAllah, fasih Atikah bertutur dalam bahasa English, ada slang auuzzy… #atikah #ustazahasmaharun #english ♬ original sound – dillahussin

 

 Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun mencuri perhatian selepas mengadakan sesi live di TikTok miliknya bersama suami dan anaknya, Tengku Atikah pada Isnin.

Menerusi perkongsian tersebut, Ustazah Asma kelihatan memanggil anaknya perempuannya itu untuk berkongsi beberapa tips bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

“Masya-Allah hebatnya Puteri sulung Ustazah Asma’, berkongsi sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.  Ilmu yang bagus untuk anak-anak semua,” tulis pada kapsyen berkenaan.

 

Terkejut dengan kefasihan Atikah,17, bertutur dalam bahasa Inggeris, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ramai yang kagum dengan sikap ‘merendah diri’ yang sentiasa ditunjukkan Ustazah Asma’ dan keluarga.

“Terbaik! Ni bukan takat bahasa Inggeris fasih, bahasa arab pun mesti fasih juga macam ustazah.

“Nampak je diam, sekali dia cakap nak sembang atau tanya pun segan.

“Wow, fluentnya anak ustazah speaking. Terbaik!

“Parents yang melahirkan anak-anak yang hebat.

“Hebatnya! Terpegun tengok,” komen netizen.

Difahamkan, Atikah bertutur bahasa Inggeris dengan fasih kerana dia mendapat pendidikan awal di Australia selain turut dilahirkan di sana.

 

 

 

Salma Syahbuddin