[VIDEO] Seperti Hangat Dilamun Cinta, Ira Kazar Belanja Nyanyi Lagu ‘Best Part’

Isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mencuri perhatian apabila berkongsi video menyanyi sambil memetik gitar.

Menerusi dua hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya, Ira yang sedikit kekok memetik gitar itu membawakan lagu popular berjudul ‘Best Part’ milik penyanyi antarabangsa, Danial Caesar.

Dalam video berkenaan, Ira berkata dia mengalami kesukaran dalam menukar ‘chord’ gitar tersebut dan tidak begitu hafal lirik lagu itu.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Ira seperti tersipu malu ketika membawakan lagu tersebut yang mempunyai lirik penuh makna buat insan istimewa.

@xtra_my

Wah wahhhh, sedap juga suara Ira ni menyanyi, ada serak serak basah sikit gituh.. 🤪🥰 #xtramy #fyp #irakaza #menyanyi #bestpart #belanja #dilamuncinta #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sebelum ini, nama Ira hangat menjadi perhatian selepas berkongsi resepi masakan sambal sotong yang menjadi kegemaran suaminya.

Sekadar info, Syamsul dan Ira berkahwin pada Januari lalu.

Terdahulu, bekas isteri Syamsul iaitu aktres jelita, Puteri Sarah Liyana telah menghantar notis saman kepada bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan kerana telah menjaja cerita tentangnya di media sosial.

Artikel Berkaitan: Isu Jaja Cerita, Puteri Sarah Saman Bekas Menantu Kazar – “Kerana Mulut Badan Binasa”

Artikel Berkaitan: Berbalah Komen Dengan Netizen, Ira Kazar Koyak? Pesan Jangan Ambil Content Peribadi Untuk Raih Likes & Views – “Tak Ada Modal Ke?”

Artikel Berkaitan: Kongsi Resepi Masak Sambal Sotong Kegemaran Suami, Individu Perlekeh Masakan Ira Kazar?

Aqilah Paharuzi