Kahwin Dengan Zara Zya? Tak Mungkin Tahun Ini

Rasanya semua dah tahu tentang kisah cinta dua pelakon popular ini. Jarak usia mereka bukanlah penghalang cinta Hafreez Adam dan Zara Zya untuk terus utuh. Makin lama makin sweet pula kami tengok!

Pelakon drama Raisha 2, Hafreez Adam mengaku dia memang serius untuk menamatkan zaman bujang dengan buah hatinya itu tak lama lagi.

“ Bercakap tentang kahwin, memang kami ada berbicang tetapi semuanya secara santai.

“ Sebagai lelaki, saya faham usia Zara Zya dan saya bukanlah muda dan masanya sudah cukup sesuai untuk menamatkan zaman bujang. Cuma… bukanlah tahun ini,” katanya kepada xtra.com.

Namun Hafreez tidak menolak seandainya jodoh mereka dipercepatkan atas kuasa Allah.

“ Melainkan atas keizinan-Nya, Insha Allah semoganya semuanya berjalan lancar. Kami tak mahu bertunang, nak terus kahwin. Perancangan kami terus kepada berkahwin. Bertunang lebih kepada pembaziran. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Hafreez ketika diusik sama ada dia pernah mendengar hubungan cintanya dengan Hafreez Adam hanya untuk menutup gosip kononnya dia mempunyai hubungan intim dengan pengurus sendiri yang merupakan seorang wanita.

“ Jujurnya saya tak pernah dengar sampailah saya baca di surat khabar. Saya dah kenal dia empat tahun.

“ Saya tak pernah nampak sisi sebegitu pada dirinya. Saya tak pernah bertanyakan hal ini pada dia kerana jika soalan begitu diajukan, bermakna saya percaya orang luar berbanding kekasih sendiri,” katanya.

Dengar tu semua, kisah cinta mereka jujur bukan sekadar gimik semata-mata ya!

SGMS Faida