Kahwin Tahun Depan, Mira Filzah Akui Selesa Bersama

Pelakon, pengacara dan hijabister terkenal, Mira Filzah mengakui masih berkawan dengan bekas pengacara Melodi iaitu, Zizan Razak. 

Mira Filzah, 25 berkata selesa berkawan dengan pelakon itu dan mengakui Zizan antara kawan lelaki paling rapat dengannya. 

“Tidak ada ciri-ciri spesifik kenapa kami masih berkawan cuama apa yang boleh saya katakan saya senang bergaul dengan dia.” Katanya ketika ditemui pada majlis tayangan eksklusif Pelangi Cinta baru-baru ini.

Sumber : Instagram @mirafilzah

Drama yang menggandingkan beliau bersama pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Aiman Hakim Ridza dan Hairul Azreen ini disiarkan di TV3 pada setiap Isnin, jam 9.50 malam atau boleh saksikan episod penuh tersebut hanya di tonton.

Salma Syahbuddin