“Kak Long Memang Giler, Tingtong Tapi Sorry…” Amelina Bengang Difitnah?

Penyanyi dangdut terkenal, Amelina memaklumkan dia membuat laporan polis selepas difitnah menghina pekerjaan tukang cuci.

Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin memberitahu individu berkenaan telah menulis sesuatu yang mencabar kesabarannya.

“Ini adalah kisahnya apabila Kak Long hilang sabar, naik angin dan hampir-hampir nak jadi hulk disebabkan sikap kurang cerdik sesetengah netizen yang masuk ke laman media sosial Kak Long dan menimbulkan kekecohan melampau.

” Kak Long memang giler, tingtong dan sporting tapi sorry sangat Kak Long terpaksa mengaku yang Kak Long tak boleh handle & cepat emotional dengan manusia yang sengaja nak wujudkan sentimen negatif, menghasut & memfitnah,” tulisnya.

Tambah Amelina, pengguna akaun itu bertindak menyekat akses Amelina yang menyebabkan dia segera menghubungi peguam bagi mengelakkan masalah berlarutan.

“Sangat tak faham sesetengah mereka sanggup create fake account dan kemudian sengaja masuk kat semua IG artis untuk provoke menyakitkan hati. 

“Dah takde kerja lain ke?! Nmpk sgt kehidupan mereka ni sedih dan malang,” luahnya.

Terdahulu, kenyataan Amelina menerusi sebuah rancangan hiburan popular disalah erti.

Isu ini timbul apabila Amelina secara berseloroh memberitahu dia tidak mungkin diterima bekerja kembali di tempat kerja lamanya melainkan jawatan cleaner yang sesuai untuknya.

Untuk penjelasan daripada Kak Long lebih lanjut, saksikan Melodi jam 12 tengahari ini! 

SGMS Faida