Intan Najuwa Dicemuh Kerana Tak Reti Isi Minyak Kereta?

“Isi minyak kereta pon tak reti,” demikian tweet respon netizen terhadap video pelakon Intan Najuwa yang mengaku tidak pandai mengisi minyak kereta. 

Video yang menjadi bualan netizen itu memaparkan pelakon Kekasih Paksa Rela itu bingung apabila pembantu peribadinya bercuti.

“ Okay today hidup I sangat huru hara sebab PA I cuti. I nak isi minyak kereta pun I tak tahu macam mana. Teruknya hidup, ya Allah…” katanya. 

Video berkenaan kini tular di sosial media di mana ia mengundang cemuhan dalam kalangan netizen. Ada juga yang menganggap pelakon ini cantik tapi…? 

Mungkin Intan bergurau saja kot, netizen pun. Relaxlah! 

SGMS Faida