Usop Terkejut Muzik Video Aku Yang Bersalah Dapat Sambutan Hangat

Bekas peserta Mentor Milenia 2017, Usop mengaku terkejut apabila klip video Aku Yang Bersalah mendapat lebih dua juta tontonan.

Baru sebulan dimuatnaik di laman Youtube, lagu nyanyian bekas protege Hazama ini berjaya menarik perhatian pendengar.

“ Saya sendiri pun terkejut bila melihat jumlah tontonan. Minggu pertama klip video Aku Yang Bersalah ditayangkan, ia mendapat sejuta tontonan seterusnya mencatatkan peningkatan setiap minggu.

“ Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila bakat saya kembali diterima walaupun lama berehat di kampung,” katanya kepada xtra.com, hari ini.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor turut berterima kasih kepada syarikat pengurusannya, RocketFuel yang banyak membantu menaikkan kembali namanya.

Bercerita tentang klip video Aku Yang Bersalah, Usop memberitahu dia benar-benar menangis ketika proses penggambaran klip video ini.

“ Setiap orang ada pengalaman bercinta termasuklah diri saya sendiri. Siapa yang tak pernah kecewakan? Tangisan dalam klip video ini adalah real bukan dibuat-buat.

“ Saya berharap lagu Aku Yang Bersalah ini dapat mengubat kerinduan peminat yang menyokong saya sewaktu dalam program Mentor Milenia 2017,” akhirinya.

 

SGMS Faida