Kaka Azraff Masuk Pasaran Indonesia

Hebat! Dari bidang nyanyian ke layar lebar, Kaka Azraff kini siap sedia untuk memasuki pasaran filem Indonesia tak lama lagi.

Khabarnya, Kaka bakal berganding dengan aktor popular Indonesia Donny Alamsyah dalam filem Zharfa The Movie.

“ Alhamdulillah…Memang tak sangka dapat pegang watak utama. Pengalaman ini saya takkan boleh lupakan dan sudah tentu saya berharap filem ini diterima baik di kedua belah negara apabila ia ditayangkan kelak,” katanya.

Kaka juga berharap menerusi filem ini juga dapat membuka mata masyarakat di Indonesia untuk melihat bakatnya.

“Insya Allah jika sambutan baik dan orang mula mengenali saya mungkin itu masa sesuai untuk saya kembangkan muzik saya di Indonesia,” jelasnya.

Filem Zharfa The Movie menjalani penggambaran pada April lalu dan bakal ditayangkan pada penghujung tahun ini.

Dalam masa sama, Kaka memberitahu dia juga sedang giat menyiapkan album penuh pertamanya yang dijangka dilancarkan pada awal tahun hadapan.

SGMS Faida